Responsive Advertisement

Nasib Kedah: PEMANDU Buta, MB Separuh Buta

KATA orang, inilah jadinya bila memilih Pakatan politik pura-pura sebagai kerajaan negeri, meletakkan emosi mengatasi kebolehan dan kewibawaan memimpin. Inilah yang boleh penulis rumuskan dalam soal kacau bilau yang mengoncang pentadbiran negeri Kedah hari ini.

Menyerahkan peranan Menteri Besar kepada sebuah jawatankuasa PEMANDU yang tidak tahu selok belok pentadbiran negeri adalah umpama menyerahkan kerusi pemandu bas kepada seorang buta. Pengakhirannya, bas dan penumpang (rakyat) dibelakangnya akan sama-sama jatuh masuk gaung.

Ustaz Azizan seperti yang diketahui umum kebelakangan ini mengalami masalah kesihatan yang serius. Penulis dimaklumkan, matanya sudah kurang nampak di kedua-dua belah. Ketidakupayaan Azizan inilah sebenarnya yang menyebabkan krisis politik di Kedah hari ini kerana resmi orang buta atau hampir buta, dia menggunakan deria pendengarannya untuk mengganti fungsi mata yang sudah rosak.

Bergantung kepada suara mana yang berbisik, haluan itulah nanti yang akan diikutinya.

Nampak sangat dah PAS dah tak upaya nak memimpin. PAS Pusat baik apatah lagi PAS negeri, semuanya gagal menyelesaikan masalah yang kecil sangat macam ini. Macam mana 2 Exco biasa boleh jadi kuasa penentu mengatasi kepimpinan yang lebih tinggi atas?

Ada yang saran UMNO ambil kelebihan di masa sekarang, tapi apa cara yang UMNO nak masuk campur? Lainlah kalau ada usul undi tidak percaya dalam persidangan dewan negeri yang akan datang, mungkin disitu UMNO boleh tumpang sekaki.

Sebaiknya UMNO biar saja beruk-beruk ini bergaduh sama sendiri sampai terjungkam. Inilah masanya rakyat lihat ‘color’ sebenar Pakatan haram yang berangan besar nak menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia ini.

Untuk selesai masalah ini mudah saja. Azizan perlu kemuka usul kepada Sultan Kedah bagi dewan undangan negeri dibubarkan dan satu pilihanraya negeri diadakan. Kembalikan semula kuasa memilih kepada rakyat.

Kita lihat rakyat nak ‘Jawatankuasa’ jadi Menteri Besar atau ‘orang’ jadi Menteri Besar.

Dari sini pun dah nampak bodoh dah keputusan mengadakan Jawatankuasa untuk menjalankan pentadbiran kerajaan negeri. Ada ke jawatankuasa, nampak sangatlah bodohnya PAS ini.

Sebenarnya isu di Kedah ini berkait rapat dengan banyak isu yang melanda Pakatan Rakyat kebelakangan ini. Selepas Anwar secara terbuka menyatakan keinginan melindungi keselamatan Israel, kini Kedah pula diletak dibawah pentadbiran ‘jawatankuasa’. Semua ini menggambarkan ketidak bolehan memimpin.

UMNO dan BN jugalah yang lebih stabil dan patut menjadi pilihan rakyat. Apa pun masalah, semua boleh diselesaikan dengan bijaksana, takdelah kelam kabut macam sekarang.

mykmu