Responsive Advertisement

Selepas Rusia, Malaysia belasah Ukraine 5-1

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Malaysia berjaya mengatasi Ukraine 5-1 pada pusingan kelayakan hoki ke Sukan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland, Selasa malam (waktu tempatan).

Walaupun, Malaysia telah mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan namum ujian sebenar skuad bimbingan Tai Beng Hai menanti selepas ini apabila menentang Korea Selatan, Khamis ini.

Selain Korea Selatan, Malaysia akan mengakhiri saingan dengan bertemu Ireland, yang turut mengekalkan rekod tanpa kalah.

Pada saingan ini, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk melakarkan kemenangan tetapi jumlah gol yang dihasilkan berbanding Korea Selatan dan Ireland perlu diberi perhatian.

Selepas tiga perlawanan, Malaysia telah menjaringkan 16 gol manakala Ireland dan Korea Selatan masing-masing menyumbat 18 dan 14 gol selepas dua perlawanan.