Responsive Advertisement

(Gambar) Pelajar UPSI maut jatuh bangunan!

Tanjung Malim - Seorang pelajar perempuan UPSI maut dipercayai jatuh dari tingkat empat di Bangunan E learning di Universiti ini petang tadi.

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan.

Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.

Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di belakang bangunan itu. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kakinya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian ini berlaku.




Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar.