Responsive Advertisement

Jumlah atlet ke Olimpik menurun

JUMLAH atlet negara yang bakal bertanding di temasya Sukan Olimpik London Julai depan menurun dan kurang daripada 33 kontinjen, berbanding penyertaan ketika di Olimpik Beijing pada 2008.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong berkata, meskipun penyertaannya kecil, namun sebahagian besar atlet dalam program Road To London sudah mengisi slot ke kejohanan berprestij dunia itu pada Julai depan.

“Atlet memanah, akuatik terjun, berbasikal lebuhraya dan menembak sudah mengesahkan tiket ke London. Bagaimanapun badminton masih belum menyenaraikan atlet mereka yang layak untuk ke kejohanan itu sehingga kini,” katanya.

Enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, beliau tidak menafikan pencapaian sebahagian atlet negara tidak begitu memberangsangkan apabila gagal memecah mana-mana rekod sebelum ini.



Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai prestasi skuad hoki wanita negara yang disifatkan menemui jalan sukar untuk layak, terutama bakal berdepan saingan sengit daripada skuad Jepun.

“Ia tidak mustahil tapi sukar dan kita harap mereka akan lakukan terbaik,” katanya.