Responsive Advertisement

Keputusan Liga Inggeris 22/4/2012 - Liverpool kalah lagi!

ANCHESTER City memperoleh mata penuh dengan menewaskan Wolves, sekali gus merapatkan jurang mata dalam usaha memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool tewas 0-1 kepada West Brom.

Gol Manchester City dijaringkan oleh Sergio Aguero dan Samir Nasri bagi membolehkan kelab itu hanya ketinggalan tiga mata di belakangan Manchester United (MU).

Kedua-dua pasukan itu telah mengumpulkan 83 dan 80 mata setakat ini.

Dalam perlawanan semalam MU hanya seri 4-4 dengan Everton.

Jika Manchester CIty mengatasi MU di padang sendiri pada 30 April ini, maka mereka akan berada di tangga teratas persaingan EPL.


Keputusan perlawanan semalam:

Manchester United (4) - Everton (4)

Liverpool (0) - West Brom (1)

Wolves (0) - Manchester City (2)