Responsive Advertisement

Terbuka India: Hafiz terkulai, beregu mara suku akhir

Perjalanan pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim di Siri Super Terbuka India berakhir setelah gagal mempamerkan aksi cemerlang di saingan kedua kejohanan, India hari ini.

Hafiz tumpas kepada pemain pilihan ketiga China, Chen Jin 21-18,21-15 sekali gus membuktikan badi kekalahan terhadap Hafiz  masih belum kebas selepas beraksi buruk sepanjang pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau Mac lalu.

Nasib sama turut menimpa pemain pelapis perseorangan negara, Chong Wei Feng yang tewas di tangan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus dengan catatan 21-13,8-21,21-12.

Bagaimanapun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus gah ke suku akhir kejohanan Terbuka India selepas mengetepikan cabaran Noriyasu Hirata-Miyuki Maeda dariJepun, 21-16,21-13 di pusingan kedua hari ini.

Mengambil masa 32 minit, gandingan pilihan keempat kejohanan itu bakal menentang pasangan dari Thailand, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam atau Gaurav Venkat-JuhiDewagan dari India, esok.

Cabara negara turut digalas beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang berjaya menumpaskan lawannya dari Jepun, HiroyukiEndo-Kenichi Hayakawa, 21-18,21-18 untukmenempah slot di peringkat suku akhir pada kejohanan itu.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dijadualkan akan bertemu gandingan Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra suku akhir, esok.
posted from Bloggeroid