Responsive Advertisement

(Gambar) Wajah terbaru peninju negara yang 'ditinju'


Peninju middle weight kebangsaan, Muhamad Farkhan Mohd Haron menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya selepas dibelasah sekumpulan enam lelaki dan seorang wanita 6 Mei lalu.

Beliau terpaksa melupakan sukan tersebut bagi tempoh enam bulan untuk sembuh daripada kecederaannya.

Farkhan tidak akan beraksi di Sukan Olimpik London 2012 meskipun mendapat "wild card".

Menurut Farkhan, beliau memerlukan masa enam bulan untuk menjalani rawatan pemulihan beberapa anggota badannya termasuk tulang pipi dan rusuk pulih.