Responsive Advertisement

Keputusan Liga Super 8/5/2012 - Lions XII kukuh di persada

PASUKAN tunggal dari luar negara, Lions XII (Singapura) terus memperkukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka hari ini.

Dengan kejayaan itu, Lions XII kini mengumpul 39 mata, lima mata di depan pencabar utama iaitu Kelantan.

Gol pasukan pelawat dijaringkan Shaiful Esah menerusi tendangan percuma pada minit ke-31 sebelum Shahdan Sulaiman menyumbang gol kedua pada minit ke-76.

Selangor pula gagal memperbaiki kedudukan apabila tumpas 0-3 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan di Stadium Shah Alam.

Penyerang berbisa, Ahmad Shakir Mohd Ali, menjadi wira Negeri Sembilan apabila berjaya melakukan hatrik seawal minit kedua, diikuti jaringan kedua pada
minit ke-35 dan seterusnya pada minit ke-65.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, pasukan tuan rumah mencatat kemenangan tipis 3-2 ketika bertemu Selangor PKNS.

Pemain import dari Brazil, Arthur Henrique Bernhardt menjadi wira Johor FC apabila melakukan hatrik pada minit ke-6, 61' dan 83.

Sementara itu, gol Selangor PKNS dijaringkan Mohd Nor Hakin Hassan (minit ke-3), dan Nicoise Mickael Josep (minit ke-73).

Kedah pula terikat dengan seri 1-1 kepada T-Team di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol kedah dijaringkan pemain importnya, Vedran Gerc pada minit ke-47 manakala Mohd Fazli Shaari menyumbang gol kepada pasukan T-Team pada minit ke-58.

BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Super malam ini:

.
Selangor 0 Negeri Sembilan 3

Kedah 1 T-Team 1

Felda United 0 Lions XII 2

Johor FC 3 Selangor PKNS 2

Bernama