Responsive Advertisement

Drogba sah sertai Shanghai Shenhua

Didier Drogba telah mengesahkan bahawa beliau akan menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua.

Pemain berusia 34 tahun itu yang telah memenangi Liga Juara Juara bersama Chelsea musim lepas telah menandatangani kontrak selama dua tahun yang dikhabarkan berjumlah £200,000 seminggu.

Beliau akan berganding dengan Nicolas Anelka yang berada di sana sejak Januari lepas.

"Saya telah mempertimbangkan semua tawaran yang diterima beberapa minggu lepas tetapi saya rasa Shanghai Shenhua FC adalah yang terbaik buat saya buat masa ini," kata Drogba.

Tambahnya lagi: "Saya bersedia untuk cabaran yang baru di negara yang mempunyai budaya yang berlainan dan sangat teruja dengan pembangunan Liga Super China."

Sementara itu, pemilik Shanghai Shenhua, Zhu Jun turut melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kehadiran Drogba ke kelab itu.

"Sudah lama kami mahu mendapatkan Drogba dan kami berpuas hati kerana akhirnya beliau setuju untuk menyertai kami.

"Beliau seorang pemain yang hebat dan telah memenangi banyak trofi dalam kariernya. Pengalaman dan kebolehannya akan sangat berharga untuk skuad." kata Zhu Jun.

Espnstar.my