WARSAW 9 Jun - Tuan rumah, Poland dan Greece sekadar seri 1-1 pada perlawanan pembukaan Euro 2012 yang penuh dramatik di Stadium Nasional Warsaw awal pagi tadi.
Penyerang berbisa, Robert Lewandowski membuka jaringan buat Poland pada minit ke-17 setelah dia yang tidak dikawal menanduk masuk bola hantaran lintang pemain tengah, Jakub Blaszczykowski.
Derita Greece bertambah apabila tonggak pertahanan, Sokratis Papastathopoulos dibuang padang pada minit ke-44 setelah menerima kad kuning kedua kerana menghalang pergerakan pemain lawan, Rafal MurawskiMinit ke-50, Dimitrios Salpingidis membuat kejutan apabila menyamakan kedudukan buat Greece dengan merembat bola ke gawang terbuka setelah berlaku keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Poland.
Keadaan cemas memaksa penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny menjatuhkan Salpingidis di dalam kotak penalti pada minit ke-69.
Tindakannya itu menyebabkan dia dilayangkan kad merah.
Peluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti itu bagaimanapun dipersia-siakan Kapten Greece, Giorgos Karagounis apabila rembatan lemahnya ke bahagian kiri pintu gol lawan ditampan penjaga gol gantian, Przemyslaw Tyton.
Salpingidis sekali lagi menggegar jaring lawan pada minit ke-73. Jaringan itu bagaimanapun dibatalkan pengadil kerana terdapat rakan sepasukannya yang terlebih dahulu ofsaid dan menyentuh bola. - AGENSI

posted from Bloggeroid