Responsive Advertisement

Euro 2012 - (Video Jaringan) Rep Czech turut layak ke pusingan kalah mati

REPUBLIK Czech menempah tiket slot suku akhir dengan menumpaskan tuan rumah bersama Poland 1-0 dalam aksi perlawanan terakhir saingan Kumpulan A kejohanan Euro 2012 di Stadium Municipal, Wroclaw.

Babak pertama perlawanan, meskipun hujan turun dengan renyai, ia tidak menghalang kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang pantas dan agresif.
 
Robert Lewandowski hampir meletakkan Poland di depan pada minit kesembilan. Namun percubaannya tersasar.

Poland menyerang dengan begitu bertubi-tubi ke gawang Czech untuk memburu gol di bumi sendiri.
 
Kad kuning pertama yang dilayangkan oleh pengadil kepada pemain Czech, David Limbersky kerana mengasari pemain Poland.

Selepas itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun penyudah mereka tumpul. Kedudukan kekal sehingga waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Czech mengejutkan pasukan tuan rumah dengan jaringan melalui penyerang, Petr Jirasek pada minit ke-72 meresahkan Poland

Poland yang terdesak untuk memburu gol gagal melaksanakannya selepas mengasak Czech bermati-matian pada minit terakhir permainan.

Tuah tidak memihak mereka dan jelas mengecewakan para penyokong di bumi sendiri serta gagal layak ke suku akhir.

Keputusan ini jelas mengembirakan jurulatih Czech, Michal Bilek dan bersedia untuk perlawanan suku akhir selepas mengumpul enam mata maksimum dalam kumpulan ini.

Sebelum ini, dalam aksi pembukaan dan perlawanan kedua kumpulan, Czech tewas 4-1 di tangan Rusia dan bangkit menewaskan Greece 2-1.

Poland menghasilkan seri dalam dua perlawanan berturut-turut dengan Greece dan Rusia dengan jaringan yang sama, 1-1.