Poland, pasukan tuan rumah kejohanan, berjaya mengikat Rusia 1-1 selepas ketinggalan satu gol.
Rusia memperlihatkan kehebatannya apabila menjaringkan gol pertama menerusi Alan Dzagoev pada minit ke-37 sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan tiga gol.
Penyerang Poland, Jakub Blaszczykowsl melakukan sepakan lencong dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Rusia, Vyacheslav Malafeev pada minit ke-57 sekaligus mengikat Rusia 1-1.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun usaha mereka buntu. Keputusan kekal sehingga tamat permainan.
Pertemuan Rusia dan Poland juga digambarkan sebagai 'pertarungan medan perang' antara kedua-dua negara sebelah benua Eropah ini, yang disaksikan pada 1920.
Rusia yang menewaskan Republik Czech dengan pesta gol 4-1 pada Jumaat lalu, mahu memperoleh kemenangan susulan untuk muncul di tangga teratas Kumpulan A.
Sementara itu, pada jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia, Republik Czech berjaya memperoleh tiga mata pertama selepas menumpaskan Greece 2-1 di Stadium Wroclaw.
Ketika ini, kedudukan di dalam Kumpulan A masih terbuka dengan Rusia ditangga teratas dengan empat mata, Republik Czech tiga mata, Poland dua mata dan Greece sekadar memperoleh satu mata.