Responsive Advertisement

Nike 'The Chance' - Rahmat Che Hashim wakili Malaysia di Barcelona

Rahmat Che Hashim akan mewakili Malaysia di Barcelona setelah berjaya pada Pemilihan Akhir Nike 'The Chance' Peringkat Rantau Asia Tenggara, pada Selasa lepas di Jakarta, Indonesia.

Rahmat, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaysia Pahang sebelum ini bermain untuk pasukan bola sepak universiti itu.

Bercakap kepada wartawan Goal.com, "Nama saya dipanggil dahulu dan saya rasa ianya satu bonus untuk saya," kata Rahmat yang berusia 24 tahun itu.

"Saya berasa amat bersyukur, dan menganggapnya satu langkah yang besar untuk saya menghadapi pelbagai lagi cabaran yang hebat dihadapan saya. Saya akan meneruskan kecemerlangan ini di dalam karier bola sepak saya."

Rahmat, setelah dipilih oleh empat orang jurulatih yang terdiri daripada, Widodo C Putra, Ong Kim Swee, V Sundramoorthy dan Nophol Phibulvech dari Indonesia, Malaysia, Sinapura dan Thailand turut mengulas mengenai kebolehan dan keinginannya untuk pergi lebih jauh dalam pertandingan tersebut.
"Saya selalunya bermain sebagai penyerang tetapi saya boleh mencuba posisi yang lain sebaik mungkin dibawah bimbingan jurulatih saya," kata Rahmat.

"Di Barcelona, saya akan lakukan sebaik mungkin seperti mana biasa. Saya akan bekerja lebih keras lagi.

"Saya telah berusaha dengan keas untuk ke Barcelona, dan ini adalah peluang untuk saya bertanding dengan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia.

"Saya akan baiki kelemahan yang ada sekarang, saya akan mencuba yang terbaik dan yang paling penting, saya akan berikan yang terbaik."


Rahmat, bersama empat finalis dari rantau ini, telah dipilih dari 20 orang pemain untuk mewakili rantau masing-masing di Kejohanan Dunia, di mana 16 daripadanya akan dipilih Pep Guardilo untuk perlawanan menentang pasukan Manchester United, Juventus dan pasukan USA Junior.

Kumpulan tersebut kemudiannya akan dipecahkan kepada empat, untuk berlatih di Akademi Nike di England. Salah seorang daripada mereka akan kekal di Akademi Nike dan selebihnya akan berada di situ selama tiga bulan ketika musim EPL 2012/13 untuk pemilihan secara kontrak oleh pasukan-pasukan yang berminat.

Finalis-finalis lain yang bakal mengiringi Rahmat adalah Evan Dimas Darmono (Indonesia), Faris Ramli (Singapura dan Napapon Sripratheep (Thailand)