Dalam mereka bercakaran sesama sendiri wujud grup di barat yang terang-terang anti Islam, bukan sahaja mereka terang-terang anti Islam, mereka mengajak pula grup dari agama lain untuk turut serta anti Islam.
3nglish D3fence L3ague (3DL) mula dikesan pada tahun 2009 ialah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi menghalang penyebaran Islamisme (nilai-nilai Islam), undang-undang syariah dan pelampau Muslim di Eropah.
Aktiviti utama mereka ialah mengadakan demonstrasi jalanan selain daripada aktif mengumpulkan ahli dan menyebar propaganda melalui laman web dan laman sosial seperti fb dan twitter.
Setakat ini mereka mempunyai cawangan daerah, cawangan 3DL Yahudi dan sedang giat menarik penganut Sinkh dan Hindu menyertai mereka. Natijahnya, majoriti penganut Sinkh keberatan dan menolak grup yang dianggap fasis dan bertenatangan dengan nilai-nilai Sinkh walaupun sebilangan kecil menyokong, begitu juga dengan penganut Hindu walaupun ada sejumlah kecil menyokong grup itu melalui satu grup FB khas.
Pada 2011, serangan di Norway (2011 Norway massacre) yang membunuh 77 nyawa muda-mudi yang berusia awal 20an dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun didorong oleh kebenciannya terhadap Islam, (hairannya muda-mudi yang dibunuhnya semnuanya bukan beragama Islam) katanya beliau mahu membersihkan Eropah daripada pengaruh Islam dan Eropah hanya untuk Kristian.
Di akhir kata sila lihat beberapa emblem propaganda kumpulan tersebut dan marilah kita umat Islam bersatu.