Responsive Advertisement

Dong Zong, Mahu Mandrin Jadi Bahasa Pengantar SK Cina

Setelah kemahuan mereka, semua guru-guru sekolah Cina mestilah ada credential bahasa Cina dipenuhi, kini Dong Zong datang lagi dengan tuntutan terbaharu mereka, mahu bahasa Mandarin menjadi bahasa pengantar sekolah-sekolah Cina yeaaa. Kenapa tak minta dihantar balik sahaja ke cina? kan lebih senang.

Sepatutnya sekolah dijadikan satu institusi penting untuk pembinaan negara bangsa (nation building) lebih-lebih lagi negara yang berbilang bangsa, ia sepatutnya dijadikan tempat membina kepercayaan dan rasa hormat menghormati antara Melayu , Cina dan India.

Tetapi Dong Zong dengan di sokong Zuraida Kamaruddin dan DAP ghairah membina tembok pemisah antara Cina dan bangsa-bangsa lain dengan tuntutan yang melampau dan lansung tidak menyumbang kepada perpaduan.

Apalah yang mereka ingin capai dengan memisahkan pencampuran anak-anak mereka dengan anak-anak bangsa lain melalui dinding dan pagar sekolah berbeza dan kemudian menolak guru-guru yang bercakap lain daripada bahasa mereka?

Kerajaan harus memandang serius hal ini kerana ia satu ancaman kepada sebuah negara bangsa. Ingatlah pecah bermula dari retak.

Junah@ twitter.com/opshield




Gapena protes Mandarin disama taraf dengan BM

GEORGE TOWN - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) tidak bersetuju dengan tuntutan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), yang mahu bahasa Mandarin menjadi bahasa  pengantar utama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara.

Ketua Satu Gapena, Profesor Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar berkata, tuntutan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini

"Bahasa lain tidak harus dijadikan modal untuk mencabar bahasa kebangsaan negara ini," katanya ketika berucap pada perjumpaan siri wacana Gapena di Dewan Sekolah Menengah (Perempuan) St. George hari ini.

Beliau berkata Gapena akan menghantar memorandum akhir Julai ini kepada kerajaan Persekutuan agar mengabaikan tuntutan jawatankuasa itu.

"Kami menggesa semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong kami dan menyertai kami dalam memperjuang kedudukan bahasa Malaysia," katanya.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut agar diadakan semula silibus lisan bagi memastikan semua rakyat fasih bertutur bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

Abdul Latiff juga mengingatkan masyarakat agar menghormati bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bukan menganggap ia sebagai bahasa yang menunjukkan perbezaan kaum. - Bernama