QPR bersedia untuk menandatangani pemain tengah Manchester United, Park Ji-sung dalam masa terdekat.
Pemain Korea Selatan itu akan berpindah ke Loftus Road sebaik sahaja kertas kerja dilengkapkan.
Difahamkan Park tertarik dengan cita-cita tinggi QPR.
Pemain berusia 31 tahun itu merupakan antara pemain penting Sir Alex Ferguson selepas belaiu menyertai kelab itu pada tahun 2005.
Namun, selepas tujuh tahun bersama United, Park membuat keputusan untuk berpindah ke QPR.
Kehadiran Park ke QPR semestinya akan membantu kelab tersebut menjadi satu jenama global.
Beliau bukan sahaja akan membantu kelab mencapai matlamat mereka di atas padang tetapi juga dari segi komersial.
Espnstar