KEJUTAN tercipta dalam 100 meter lelaki apabila pelari Wilayah Persekutuan, Syed Aliff Syed Noh dinobatkan raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 dengan gelaran ratu milik atlit tuan rumah, Nurul Sarah Kadir (gambar kecil) pada ketika Adi Alifudin Hussein turut mencuri tumpuan dengan catatan rekod kebangsaan lontar peluru lelaki, semalam.
Syed Alliff, 21, mencatatkan 10.71 saat bagi menewaskan Mohd Azhar Md Ismail dari Pahang (10.74s) dan jaguh 110m berpagar kebangsaan, Rayzamshah Wan Sofian (Sabah), ketiga.
“Saya tidak sangka menang kerana saya menjangkakan gelaran raja pecut milik Rayzamshah atau Mohd Azhar. Kejayaan ini adalah rezeki saya," kata Syed Aliff .
Terdahulu, kegembiraan awal Nurul Sarah kerana menyangka berjaya memecahkan rekod kejohanan bertukar kecewa apabila sekadar melakukan 12.04 saat, untuk kemenangan pingat emas.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan masih kabur. Saya memang mensasarkan untuk memecah rekod dan tidak berpuas hati dengan masa rasmi," katanya, yang mengatasi pelari Perak S Komalam Shally (12.37s) dan Zaidatul Husna Zulkifli (Pulau Pinang), ketiga.
Adi pula mengulang gemilang aksinya di Taiwan, tiga minggu lalu apabila memecah rekod kebangsaan dalam acara lontar peluru lelaki dengan jarak 17.31 meter, mengatasi catatan lama yang baru dibuat tiga minggu lalu di Terbuka Taiwan, 17.18 meter.
“Saya sekadar berharap dapat melakukan 17.20m bagi membaiki rekod peribadi, tetapi tidak sangka mampu mencipta jarak lebih jauh iaitu 17.31m," kata Adi Alifudin.
Dua rekod kejohanan turut dicipta dalam acara wanita melalui Melinder Kaur dari Pulau Pinang dalam 5,000 meter (17:46.01 saat) dan K Ganthimanthi dari Pahang dalam 800m. (2:09.57s) manakala 400 meter wanita menjadi milik Nurul Assikin Mohd Rashidi dari Johor dengan masa 56.87 saat.