Responsive Advertisement

Atlet paralimpik didakwa cabul dan skodeng atlet wanita

LONDON - Tiga atlet paralimpik lelaki Jordan telah didakwa melakukan serangan seksual dan mengintai atlet perempuan ketika berada di kem latihan di Ireland Utara.

Antara ketiga-tiga atlet tersebut, dua daripadanya adalah atlet angkat berat berkerusi roda, termasuk seorang pemegang pingat perak ketika di Beijing, dan seorang jurulatih telah disahkan tidak akan turut serta dalam temasya kali ini.

Awal minggu ini, mahkamah telah membenarkan ketiga-tigam mereka diikat jamin £5,500 (RM 26,950) setiap orang bagi membenarkan mereka ke London untuk bertanding.

Namun, Locoq telah melaporkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Jordan telah menggugurkan ketiga-tiga mereka bagi kontinjen Jordan ke London 2012.
Tertuduh: Jurulatih Faisal Hammash (bertudung kepala) ditahan bersama Omar dan Motaz pada malam Isnin lepas.
Omar Sami Qaradhi, 31, Faisal Hmmash, 35, dan Motaz Al Junaidi, 45, dari skuad angkat berat Jordan telah kembali ke negara mereka setelah Raja Jordan memohon kes tersebut disiasat secara menyeluruh.

"Kami telah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Jordan bahawa ketiga-tiga mereka tidak akan turut serta sebagai atlet untuk London Paralimpik 2012 kali ini," kata jurucakap Locoq.

"Mereka telah kembali ke Jordan."

Ketiga-tiga mereka ini dijadualkan akan kembali kem mahkamah di Utara Ireland pada 18 Oktober ini.

Motaz Al Junaidi, 45, yang pernah memenangi perak pada kejohanan di Beijing telah didakwa melakukan serangan seksual.

Rakan sepasukannya, Omar Sami Qaradhi, 31, didakwa atas tiga tuduhan mencabul, dua darinya ke atas seorang kanak-kanak, dan satu dakwaan mengitai setelah beliau dikatakan masuk ke bilik persalinan wanita ketika skuad berkenaan sedang berlatih.

Pihak polis berkata, beliau telah dicam oleh seorang budak perempuan 14 tahun, yang mendakwa dirinya telah diraba pada 18 Ogos yang lalu ketika bergambar dengan atlet berkenaan.

Jurulatih Faisal Hammash, 35 pula dituduh menggoda dua wanita untuk melakukan hubungan seks.

Walaubagaimanapun, kecacatan yang mereka miliko sejak lahir, tidak memungkinkan atlet-atlet berkenaan melakukan aktiviti-aktivit berkaitan seks, kata peguam yang mewakili ketiga-ketiga atlet tersebut.

DM