Olimpik 2012: [Badminton] Chong Wei ke final, perak sah dalam tangan
DATUK Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik di London apabila menewaskan Chen Long dari China, sekali gus membawa harapan bagi Malaysia memenangi pingat emas.
Beliau menang 21-13 dan 21-14.
Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing Chong Wei menang perak setelah tewas kepada musuh tradisi beliau Lin Dan.