Responsive Advertisement

Piala Malaysia: ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor mara separuh akhir

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan bertemu Lions XII sementara Kelantan menentang Selangor pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung Jumaat ini.

Pada perlawanan suku akhir kedua malam ini, ATM menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 untuk menang agregat 6-3 sementara Lions XII membenam Pahang 2-0 untuk mencatatkan agregat 3-2.

Kelantan walaupun terikat seri 2-2 dengan Felda United malam ini, tetapi mencatatkan agregat 4-3 untuk mara ke separuh akhir.

Selangor pula layak ke separuh akhir apabila menjinakkan Johor FC dengan agregat 5-2 selepas menang 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berikut Keputusan penuh suku akhir kedua Piala Malaysia 2012:

Lions XII (2) (0) Pahang

Selangor (2) (1) Johor FC

Kelantan (2) (2) Felda United

Negeri Sembilan (1) (3) ATM