Pemain Sarawak Mafry Balang mengasak dari belakang penyerang Pahang Azammudin pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri di Kuching, malam Sabtu. |
Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.
Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.
Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Oktober lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.
Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November ini. - BERNAMA