Responsive Advertisement

2 Adun PKR bertumbuk di khalayak umum

Orang ramai di Restoran Maya Jalan Beserah, Kuantan terkejut dengan aksi pergaduhan melibatkan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlaku baru-baru ini.

Azan Ismail (Adun Bandar) dan Lee Chean Chung (Adun Semambu) dikatakan bertekak sebelum kedua-duanya dilihat bergaduh. Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di situ.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila Azan menegur Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu.

Azan menyatakan, pebuatan Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR. Azan menasihati Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak mengikut perasaan.

Rupa-rupanya teguran tersebut tidak dapat diterima oleh Chean Chung. Berlakulah pertikaman lidah antara Chean Chung dan Azan. Saksi menyatakan, Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana Azan adalah Melayu.

Ketika bertikam lidah, Chean Chung secara sengaja telah mengejek Azan dengan menyatakan, 'Melayu semuanya bodoh' dan memberitahu kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang.

Kata-kata 'Melayu sakai masuk hutan' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Chean Chung kerana bermulut celupar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan.

Sebaliknya rakan Lee Chean Chung, seorang Cina mengambil kesempatan, mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan. Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat menghentam kepala Azan.

Apabila menyedari pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran.

Sumber