PORTO ALEGRE: Algeria kembali menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan besar 4-2 ke atas Korea Selatan pada pertembungan Kumpulan H di Stadium Beira-Rio, sebentar tadi.
Mendahului dengan jaringan selesa 3-0 pada babak pertama, Algeria begitupun dikejutkan dengan kebangkitan Korea yang meledak gol pertama lima minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi Son Heung-Min.
Begitupun, kebangkitan yang diharapkan jaguh Asia itu gagal menjadi kenyataan selepas Algeria meledak gol keempat menerusi Yacine Brahimi pada minit ke-63 dan gol Koo Ja-Cheol pada minit ke-72 sekadar gol sagu hati buat Korea selepas gagal menambah jaringan.
Ketika ramai yang mengharapkan perlawanan sengit berlangsung sebelum perlawanan berlangsung, kelemahan jentera pertahanan Korea jelas kelihatan selepas Algeria meledak gol pertama menerusi Islam Slimani pada minit ke-26 sebelum memperoleh jaringan menerusi Rafik Halliche selang dua minit kemudian.
Dan benteng pertahanan Korea sekali lagi dihukum Algeria menerusi jaringan Abdelmoumene Djabou pada minit ke-38.
Pada perlawanan pertama, Algeria tumbang kepada Belgium 2-1 dan Korea berjaya mengikat Russia 1-1.
Perlawanan terakhir Algeria adalah menentang Russia manakala Korea perlu mencatat kemenangan ke atas Belgium untuk sekurang-kurangnya jika mahu mara. - Agensi
ALGERIA 4
Islam Slimani (m26)
Rafik Halliche (m28)
Abdelmoumene Djabou (m38)Yacine Brahimi (m63)
KOREA SELATAN 2
Son Heung-Min (m50)
Koo Ja-Cheol (m72)