Responsive Advertisement

Piala Dunia: Itali tersingkir, Prandelli letak jawatan

PEMAIN Uruguay, Diego Godin melompat tinggi bagi menanduk masuk gol sulung perlawanan yang memberikan kemenangan kepada pasukannya pada perlawanan Piala Dunia menentang Itali di Arena das Dunas, awal pagi tadi. - Foto AP
NATAL: Jurulatih Itali, Cesare Prandelli meletak jawatan selepas pasukannya gagal ke peringkat seterusnya dalam kempen Piala Dunia di Brazil.

Itali tewas 0-1 kepada Uruguay dalam saingan terakhir peringkat Kumpulan D, awal pagi ini.
Perkara itu diumumkan sendiri Cesare pada sidang media selepas tamat perlawanan di Estadios Das Dunas.

“Apabila ada kegagalan, orang yang memimpin pasukan harus bertanggungjawab,” katanya sebentar tadi.

Itali pada kempen Piala Dunia Brazil gagal mempamerkan aksi konsisten, hanya menang satu perlawanan peringkat kumpulan menentang England, sementara kalah pada dua perlawanan berikut, termasuk 0-1 kepada Costa Rica. -Agensi.