Responsive Advertisement

Piala Dunia: (Kumpulan D) Ivory Coast tundukkan Jepun

RECIFE, Brazil 15 Jun - Dua tandukan padu dalam tempoh tiga minit pada babak kedua membantu Ivory Coast menumpaskan Jepun 2-1 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan C di sini, sebentar tadi.

Jepun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan kaki kiri Keisuke Honda pada minit ke-16.

Wilfried Bony bagaimanapun menanduk gol penyamaan pada minit ke-64, sebelum Gervinho mengesahkan kemenangan Ivory Coast tiga minit kemudian, kedua-duanya hasil hantaran lintang Serge Aurier. - AGENSI