Responsive Advertisement

Ozil derma bonus Piala Dunia kepada Palestine

Sikap pemurahnya itu turut disertai pemain lain beragama Islam yang beraksi dalam Piala Dunia di Brazil
Istanbul: Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.

Konflik yang terus berlanjutan di Timur Tengah susulan rundingan genjatan senjata menemui jalan buntu, membuatkan pemain berkenaan bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir.