Dilma Rousseff |
“Seperti setiap rakyat Brazil yang lain, saya amat, amat sedih dengan kekalahan ini. Saya sedih melihat keadaan yang melanda kita semua, juga peminat dan pemain kita,” katanya dalam Twitter selepas tamat perlawanan.
Ketika perlawanan di Stadium Mineirao, sebahagian penonton menjerit dengan kata-kata kesat terhadap Rousseff yang tidak hadir menyaksikan perlawanan itu.
Populariti Rousseff sudah menjunam sejak setahun lalu selepas berlaku bantahan yang menentang perbelanjaan AS$11 juta (kira-kira RM33 juta) untuk menjayakan kejohanan global ini. - AFP