KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Malaysia gagal melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 apabila kalah kepada Indonesia berdasarkan kelebihan set 6-4 selepas terikat 2-2 pada aksi separuh akhir di Stadium Badminton Cheras di sini, hari ini.
Indonesia layak ke final selepas penentuan agregat set yang dimenangi apabila masing-masing memenangi dua perlawanan.
Dalam perlawanan akhir, hari ini (7 malam), Indonesia akan bertemu Thailand yang terdahulu menewaskan pasukan Bintang Asia 3-0.
"Sedih juga sebab kita kalah dari segi set (yang dimenangi). Pemain kita mempamerkan mutu perlawanan yang baik," kata jurulatih negara, Rashid Sidek.
Namun berdasarkan prestasi yang dipamerkan hari ini, Rashid berharap pemain-pemain akan terus bermain dengan cemerlang untuk memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga esok.
"Untuk esok, tidak kira dengan siapa yang akan kita berjumpa, kalau boleh saya mahu kita menang. Saya harap pemain akan kekal semangat untuk esok," katanya.
Malaysia meraih dua mata pertama melalui pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi yang terpaksa memerah keringat dalam 'rubber-set' selepas perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng kalah kepada Tommy Sugiarto dalam 'straight-set' 16-21, 19-21 dalam perlawanan pertama.
Jing Yi yang tunduk kepada Bellaetrix Manuputy 13-21 pada set pertama, bingkas bangkit mempertajamkan skil permainan untuk memenangi dua set berikutnya dengan 22-20, 21-19.
Rentak kemenangan beliau kemudian diikuti beregu lelaki negara, Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong, yang juga terpaksa bermain hingga set penentuan 21-10,13-21, 21-18 ketika menentang Markis Kido-Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Kemenangan Boon Heong-Wee Kiong itu berjaya menyamakan kedudukan pasukan negara dengan 4-4.
Indonesia meraih mata kemenangan selepas gandingan beregu campuran mereka Riky Widianto-Richi Puspita Dili memenangi perlawanan itu 21-14, 22-10.
Indonesia akan bertemu sama ada Thailand atau pasukan Bintang Asia di perlawanan akhir, esok. - BERNAMA