Responsive Advertisement

Tony Fernandez Mengaku Bersalah Pesawat Terbang Tanpa Izin

Pihak Kementerian Perhubungan Sosial, Ignasius Jonan sudah berbincang dengan CEO AirAsia, Tony Fernandez mengenai penerbangan pesawat QZ8501, Surabaya-Singapura yang tidak mendapat kebenaran dan telah dibekukan oleh Kemenhub. Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada 28 Disember lalu.

“Tony Fernandez mengaku pesawat itu terbang tanpa kebenaran rute,” ujar Jonan di Pejabat Kementerian Perhubungan, Jakarta.

Namun, Tony Fernandez masih berharap supaya laluan penerbangan Surabaya-Singapura masih dapat diteruskan seperti biasa.

Sebaik sahaja siasatan mengenai insiden pesawat AirAsia QZ8501 selesai, beliau akan berbincang semula dengan pihak Kemenhub berkenaan pembekuan laluan penerbangan Surabaya-Singapura.

-mD