Responsive Advertisement

Taksub membawa syirik

Taksub membawa syirik
Banjir Besar Di Negeri Kelantan Baru2 Ini Rupanya Petanda Besar Kesedihan....Awan Terlebih Dahulu Menangis Kerana Mengetahui Akan Hilangnya Seorang Ulama Hebat...Bumi Pula Menerima Air Bagi Membersikan Dirinya Bagi Menerima Jasad Seorang Ulama Hebat...
~wassap paling popular  hari ini. Orang jujur  dan hipokrit, orang makan gaji buta  macam makan nasi, orang tak tutup aurat, orang suka menyebar fitnah macam sebar cerita kelakar, berlumba lumba  menunjukkan  mereka  lah pengikut Tok Guru sejati, malangnya.
Pada zaman nabi  SAW dahulu telah berlaku  gerhana  pada hari  anak nabi SAW, Ibrahim meninggal dunia, orang jahil  mula membuat kesimpulan  yang gerhana berlaku  kerana sedih akan  pemergian anak nabi SAW.
Nabi SAW  menentang  keras  kesimpulan  itu seraya  bersabda, "tidak berlaku  gerhana  kerana kematian  atau kelahiran  seseorang. Jika  kamu nampak gerhana maka bangunlah solat dan berdoa kepada  Allah". ~hadith  sahih riwayat  al-Bukhari
Islam  menentang  keras  kepercayaan  karut marut yang diajar orang bodoh dan disebarkan  orang jahil.
Al-fatihah  buat  Datuk Nik Aziz dan Datuk Hasbullah Awang.