KOTA KINABALU: Lebih 100 orang termasuk pendaki dan pemandu pelancong terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu, berikutan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di Ranau, pagi tadi.
Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, berkata dianggarkan antara 105 hingga 109 orang masih terperangkap dengan empat daripadanya mengalami kecederaan.
"Pasukan penyelamat kini sedang berusaha membawa turun kesemua mangsa terutama yang mengalami kecederaan.
SEBAHAGIAN pendaki dan pemandu pelancong terperangkap di Gunung Kinabalu. - Foto ihsan pembaca BH
"Kesemua mangsa yang terperangkap juga masih menunggu bantuan pasukan keselamatan kerana helikopter tidak dapat mendarat di situ untuk membawa keluar mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Jamili masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu turut menyebabkan kehilangan nyawa.
Difahamkan juga, semua aktiviti pendakian gunung terbabit dihentikan buat sementara waktu.
Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, berkata dianggarkan antara 105 hingga 109 orang masih terperangkap dengan empat daripadanya mengalami kecederaan.
"Pasukan penyelamat kini sedang berusaha membawa turun kesemua mangsa terutama yang mengalami kecederaan.
LEBIH 100 orang termasuk pendaki dan pemandu pelancong terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu, berikutan gempa bumi kuat berpusat di Ranau, pagi tadi |