Responsive Advertisement

Pelakon bertaraf 'nenek' dikecam berpakaian mencolok mata


Susan Sarandon bukan calang-calang artis sebaliknya dia merupakan seorang pelakon yang hebat dan mempunyai kelas tersendiri.

Namun Susan telah mencetuskan kritikan ramai selepas dia berpakaian seksi ketika menyampaikan penghormatan untuk anugerah SAG.

Aktres berusia 69 tahun itu dikecam hebat di media sosial selepas memakai jaket yang menampakkan bra berwarna hitam.

Ramai yang marah kerana pakaian itu tidak sesuai ketika dia menyampaikan penghormatan untuk bintang-bintang yang telah meninggal dunia, apatah lagi dengan usia yang sudah meningkat.

Ketika itu Susan ditugaskan memberikan penghormatan kepada rakannya, David Bowie yang meninggal dunia beberapa minggu lalu pada usia 69 tahun.

Orang ramai berpendapat Susan akan dapat menyampaikan anugerah itu dengan lebih berkesan sekiranya dia memakai pakaian yang lebih sopan, bukannya pakaian yang menampakkan lurah, sehingga mengganggu tumpuan.

Malah sebelum Susan menaiki pentas, media sosial sudah pun membincangkan mengenai pemilihan pakaiannya.

Ada yang menyifatkan dia kelihatan muda dengan pakaian itu, tidak kurang pula yang menyindirnya.