Responsive Advertisement

Jiran terkejut dengar mengerang seks yang kuat

NAMPAKNYA ‘peminat’ jenama pakaian terkenal, Nike betul-betul mempraktikkan motto jenama pakaian berkenaan, "Just do it” apabila tanpa rasa segan bertindak melakukan adegan seks di tempat awam, pada siang hari.

Gambar yang dirakam oleh seorang penduduk Minsk di bandar Belarus itu memaparkan pasangan terbabit, yang dipercayai kekasih sedang berasmara di kaki lima yang terletak beberapa meter dari jalan utama.

Malah, aksi seks pasangan terbabit, dimana lelaki tersebut dilihat memakai baju hitam tertera perkataan “Nike” dikatakan juga telah mengganggu penduduk sekitar akibat bunyi mengerang yang kuat, pada awal pagi, lapor Mail Online.

Salah seorang saksi yang terkejut melihat perbuatan ‘jijik’ pasangan terbabit bertindak merakam dan memuat naik gambar berkenaan di laman Twitter, sebelum ia dengan cepat menjadi ‘viral’.

“Ini adalah gambar yang terkenal di Sukharevo. Saya tertanya-tanya apa lagi yang tertinggal dari penglihatan,” tulis pengguna Twitter itu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, identiti pasangan tersebut tidak dapat dikenalpasti, namun mereka boleh berdepan dengan hukuman berat kerana melakukan ‘tindakan melampau’ tanpa mempedulikan orang ramai.

Sementara wanita yang menyebarkan gambar tersebut pula boleh dikenakan denda kerana menyebarkan bahan lucah.



- mD