Responsive Advertisement

[VIDEO] Bunga api meletup cederakan orang ramai

PELABUHAN KLANG 1 Jan. - Sebanyak 10 individu melecur akibat terkena letupan bunga api di kawasan Kompleks Pandamaran di sini malam ini.
Difahamkan, kesemua mangsa sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baharu.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.10 tengah malam dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi terdapat tujuh mangsa melecur ringan di kaki dan tiga lagi agak parah.

"Tujuh yang cedera ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut, " katanya. - UTUSAN ONLINE