Kulim: Penduduk kampung di kawasan Sungai Karangan, di sini, terutama anak gadis dan wanita kini hidup dalam keadaan tidak tenteram selepas mendakwa beberapa lelaki warga asing sering mengintai mereka termasuk dalam kejadian terbaru, kelmarin.
Kegelisahan mereka mula berlaku sejak beberapa bulan lalu apabila anak gadis dan wanita banyak kali terserempak dengan suspek dipercayai warga Myanmar mengintai mereka ketika berada di bilik air dan bilik tidur.
Penduduk Noryana Ali, 38, mendakwa, kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak kehadiran warga asing terbabit kehidupan mereka mula berubah dan tidak tenteram.
“Bagaimanapun, kejadian sebelum ini tidak pernah dilaporkan kepada pihak polis dan hanya menjadi bualan penduduk kampung.
“Namun kejadian terbaru awal pagi semalam (kelmarin) tidak boleh dibiarkan lagi apabila anak gadis jiran saya diganggu lelaki warga asing itu yang menghulur tangan melalui tingkap dan membaling batu ke dalam bilik tidur,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Noryana berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 4 pagi apabila tiga anak gadis jirannya berusia 15, 17 dan 18 tahun yang sedang tidur diganggu suspek.
“Ketika itu, ibu mereka tiada di rumah kerana bekerja manakala abang mereka berusia 20 tahun tidur di ruang tamu.
“Anak jiran saya berusia 15 tahun yang terjaga dari tidur terkejut melihat tangan manusia di tingkap seperti mencari sesuatu menyebabkan dia terus mengejut kakaknya bangun sebelum mereka berlari keluar,” katanya.
Menurutnya, mangsa berusia 18 tahun yang tidur berasingan di dalam bilik turut diganggu apabila dibaling batu melalui tingkap dan terkena padanya.
“Malah lelaki itu turut mengarahkan anak jiran saya supaya diam sebelum dia melarikan diri dan akibat trauma dengan kejadian itu mereka tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan,” katanya.