Responsive Advertisement

10 destinasi pelancongan percuma di Pulau Pinang

1. TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 390 km dan kira-kira 42 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang dan menuju ke arah Batu Feringghi seterusnya ke Teluk Bahang.

Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri / KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan bas yang disediakan.
loading...


2. JALAN SENI
Seni dinding di Penang ini unik. Sebabnya gambar di sini ialah kisah hidup seharian masyarakat Penang.

Ada yang dibuat dengan penuh humor, dan ada yang penuh nostalgia — jadi gambar anda selalunya tak akan membosankan.

Tapi, sebab ia juga memaparkan sejarah sesuatu lorong atau kawasan di Georgeown, anda perlu rajin berjalan kaki. Itupun kalau anda mahu melihat kesemuanya sekali.

Kalau masa anda suntuk, pergi ke kawasan Lebuh Armenian sahaja. Kawasan ini ada 5 arca dan lukisan mural yang dekat antara satu sama lain

3. TAMAN BOTANI PULAU PINANG
Taman Botani Pulau Pinang yang terletak di Jalan Kebun Bunga dikenali juga dengan nama Kebun Bunga Pulau Pinang. Taman ini wujud sejak tahun 1884 di bawah pengawasan seorang pegawai Inggeris bernama Charles Curtis.

Sebagai mengenang jasa Charles, beberapa jenis pokok dinamakan sempena nama beliau. Antaranya, termasuklah Shorea Curtissi (pokok seraya). Pihak Inggeris menggunakan taman ini sebagai tapak semaian pokok yang bernilai komersial, sperti rempah-ratus dan pokok getah.

Taman Botani Pulau Pinang yang terletak berhampiran Bandar Raya Georgetown memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia. Taman yang berkeluasan 29 hektar ini menjadi tempat riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.

4. PANTAI BATU FERINGGHI
Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.

Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu sementara anda mencuba aktiviti seperti meluncur angin hingga berkayak. Untuk aktiviti lebih mencabar, apa kata anda cuba aktiviti "parasailing" sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dari atas.

5. LORONG KULIT
Lorong Kulit ini sebenarnya dahulu berada di Jalan Pintal Tali (Rope Walk). Walaupun sudah lama pasar itu ditukar ke sini, nama asalnya masih kekal.

Jadi jangan pening-pening. Kalau ada yang mahu memanggilnya Lorong Kulit, betul. Kalau yang ada yang memanggilnya Rope Walk, pun betul.

Dipendekkan cerita, ini adalah pasar karat. Jadi tarikan utamanya ialah barang antik dan barang terpakai. Kata orang putih, pre-loved.

6. TOKONG ULAR
Tokong Ular terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia.

Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka.

Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke tokong itu secara sendirinya.

7. EMPANGAN MENGKUANG
Empangan Mengkuang merupakan empangan air terbesar di Negeri Pulau Pinang dan telah di buka pada tahun 1985. Empangan ini terletak di Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam dan lebih kurang 28 km dari Butterworth. Mempunyai keluasan 3.9km persegi dan menampung jumlah takungan air sebanyak 23.6 billion liter pada masa kini.

Bagi anda yang sukakan ketenangan, empangan mengkuang adalah satu tempat destinasi menarik yang perlu anda kunjungi. Anda juga akan dapat menikmati keindahan alam yang begitu memukau. Kehijauan pokok-pokok disamping dikelilingi oleh air dari empangan semestinya dapat menenangkan fikiran

8. TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR
Taman Negeri Bukit Panchor yang bersempadan dengan negeri Kedah terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Panchor di daerah Seberang Perai Selatan.

Sebelum taman negeri ditubuhkan, kawasan tersebut lebih dikenali oleh orang setempat sebagai Hutan Lipur Bukit Panchor dengan keluasan 155 hektar yang famous dengan aktiviti mandi-manda dan kawasan riadah penduduk setempat.

Pada tahun 2008, Taman Negeri Bukit Panchor ditubuhkan dengan keluasan 446 hektar dan parastertinggi pada 416m. Kawasan pembangunan taman negeri seluas 8.0 hektar dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang sesuai kepada berkeluarga dan berkumpulan seperti tempat parkir, tandas, surau, taman kanak-kanak dan lain-lain.

Taman Negeri Bukit Panchor merupakanlokasi pilihan kepada aktiviti perkhemahan kerana kawasan yang lapang dan berkhemah di kawasan Sungai Buaya yang menarik. Taman negeri ini juga menawarkan aktiviti penjelajahan menjejaki gua-gua dan alur sungai yang mencabar.

9.  RUMAH P. RAMLEE
Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau Pinang, Malaysia. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee, penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.

Asalnya ia dibina pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

10. PADANG KOTA LAMA
Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasembor, cendol dan juga laksa. Kebanyakan pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan ombak.