Responsive Advertisement

Guru 'gatal' tampil buat penjelasan curi sebar foto gadis di media sosial

SELEPAS dikecam hebat netizen gara-gara mencuri gambar seorang gadis di media sosial, menyebarkannya dalam grup lelaki hidu dan menggelarnya ‘pelacur berbayar’, seorang guru tampil menjelaskan perkara sebenar.

Tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, guru berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Saufi mendedahkan insiden yang kini tular itu sebenarnya hanyalah satu salah faham.

Pertama sekali, menurut guru berusia 33 tahun itu, keberadaannya di dalam kumpulan sembang hidung belang aplikasi Telegram tersebut hanyalah untuk memantau senario yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat masa kini.

“Apa yang saya lihat pelajar-pelajar saya terlalu ‘advanced’ dalam benda-benda macam ni.

“Sebagai seorang yang bergelar guru, saya rasa terpanggil untuk memantau masalah sosial yang berlaku dalam group seperti itu.

“Bagaimanapun saya berasa terkilan kerana akhirnya berlaku salah faham melibatkan diri saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Saufi menjelaskan berlaku salah faham membabitkan dirinya dan wanita berkenaan.

Menjelaskan lebih lanjut Saufi berkata, ayat ‘pelacur bayar admin’ itu sebenarnya merujuk kepada perbualan sebelumnya antara beberapa individu di dalam kumpulan itu dan bukannya kapsyen bagi gambar berkenaan seperti yang disangka gadis berkenaan.

“Sebelum saya menghantar gambar itu, ada perbualan mengenai pelacur di dalam group berkenaan.

“Saya mengaku silap saya membalas perbualan itu dengan meletakkan gambar wanita itu hingga membuatkan ramai yang menyangka ia kapsyen untuk gambar tersebut.

“Lebih parah, apabila ada pihak yang cuba menambah-nambah cerita tak baik mengenai saya. Apapun, saya dengan hati terbuka memohon maaf kepadanya,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak memberikan alasan kukuh mengapa gambar tersebut dihantar ke grup tersebut.

Ditanya lanjut mengenai gadis berkenaan, Saufi mendakwa tidak mengenalinya secara peribadi.

“Saya tak kenal dia dan tak pernah memberi apa-apa butiran mengenai wanita itu kepada sesiapa yang bertanya saya tentang dirinya.

“Ia group terbuka. Sesiapa sahaja boleh join tanpa ada sekatan umur,” ujarnya.

Saufi yang terkilan dengan tindakan gadis itu berkata dia juga sempat memaki dan mengugutnya di Twitter.

“Apabila saya cuba nak jelaskan, dia ‘block’ saya.

“Dia tak mahu dengar penjelasan saya dan tiada komunikasi dua hala antara kami.

“Untuk makluman, saya juga telah membuat laporan polis berhubung perkara ini,” dakwanya lagi.

Saufi mendakwa dia tidak pernah mendedahkan sebarang butiran mengenai gadis berkenaan kepada mana-mana individu.

Selain itu, Saufi menjelaskan insiden yang berlaku turut menjejaskan hubungan dia dan keluarga hingga menyebabkan dia sukar tidur malam.

“Saya sangat terkilan perkara ini berlaku. Tindakan dia memviralkan muka saya membuatkan orang ramai menyerang dan mencaci maki sehingga emosi saya terganggu dan saya terpaksa menjelaskan mengenai perkara itu kepada isteri saya.

“Sekalipun dia marah dia sepatutnya hubungi saya untuk dapatkan kepastian bukannya bertindak memviralkan muka saya. Keluarga terkejut dengan apa yang berlaku. Dua hari juga kami tak boleh tidur kerana memikirkan permasalahan ini.

“Khamis lalu saya ada bertemu dengan pihak sekolah bagi menjelaskan perkara sebenar dan saya dimaklumkan kes ini di luar bidang kuasa sekolah kerana tidak melibatkan mana-mana individu dalam sekolah,” dia mendakwa.

Pada 11 Februari lalu mStar Online menyiarkan pendedahan seorang gadis yang berang apabila mendakwa seorang lelaki yang berkerja sebagai guru, mencuri beberapa keping gambarnya di media sosial dan kemudian menyebarkannya dalam kumpulan Matscandal di aplikasi Telegram.

Perkongsian gadis berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang marah dengan tindakan guru berkenaan yang turut menggelarnya pel,acur kepada ahli kumpulan sembang tersebut.

Gadis cantik ini dedah cikgu ‘gatal’ curi gambar, tergamak perkenal dirinya sebagai pe,lacur di grup lelaki hidung belang

TERKEJUT dan marah. Itulah reaksi seorang gadis apabila beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di media sosial ‘dicuri’, kemudian disebarkan oleh seorang lelaki di dalam kumpulan sembang pornografi di aplikasi Telegram.

Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut yang didakwa berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur turut memperkenalkan mangsa sebagai pel,acur kepada ahli kumpulan sembang tersebut.
Mangsa, yang dikenali sebagai Serena Ngu Qian Xing berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh seorang rakan lelakinya yang turut mengikuti kumpulan sembang itu yang dikenali sebagai Matscandal.

“Kawan saya tiba-tiba mesej beritahu dia nampak gambar saya dekat group tersebut. Lelaki itu mendakwa saya sebagai pe,lacur berbayar.

“Saya terkejut dan marah. Saya segera minta link group itu daripada kawan saya. Saya join kemudian tengok memang betul gambar saya ada di dalamnya.

“Saya terus maki dalam group tersebut. Lelaki tersebut block saya serta merta tapi admin group itu DM saya dan beritahu dia dah buang semua gambar saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Berang dengan perkara itu, Serena bertindak memuat naik paparan skrin posting guru terbabit dalam kumpulan sembang tersebut di laman Twitternya.

“Saya tak fikir tweet itu akan dapat perhatian ramai sebab saya hanya mahu lepaskan geram dan marah. Tapi tak sangka tiba-tiba saya dapat DM daripada pelajar dan bekas pelajar cikgu tersebut.

“Mereka beritahu cikgu itu memang gatal. Ada yang mendakwa mereka pernah diajak keluar dan disentuh cikgu itu dengan sengaja.

“Malah ada pelajar tingkatan dua yang baharu berpindah ke sekolah itu mengadu cikgu tersebut mahu berkenalan dengannya,” kata gadis yang bekerja sebagai jurusolek di Johor Bahru itu.

Menurut Serena, dia tidak mengenali lelaki tersebut tetapi pernah menerima mesej daripadanya beberapa kali di Twitter sebelum ini.

“Saya tak kenal dia tapi dia ada DM saya di Twitter beberapa kali tapi saya tak reply.

“Saya pun tak perasaan bila dia follow saya dekat Instagram memandangkan akaun saya tak private sebelum ini.

“Tapi saya difahamkan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia juga guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga jurulatih bola sepak di sekolahnya,” kata gadis berketurunan Cina-Iban itu.

Jelas Serena, dia pernah menghubungi guru tersebut menerusi mesej di Instagram untuk bertanyakan mengenai perbuatannya itu.

“Memandangkan dia block saya di Twitter, jadi saya DM (dia) guna Instagram. Saya tegur dia ‘eh masih follow saya lagi ke’? Terus dia minta maaf dan ajak saya untuk berbincang.

“Saya tak nak dan terus block dia. Kawan saya juga sengaja tanya dia dalam group sembang tersebut konon nak tengok gambar saya. Rupa-rupanya bukan satu gambar dia curi tapi banyak lagi.

“Bila kawan saya tanya mana dia dapat gambar tu, lelaki tu pura-pura beritahu dia lupa dapat dari mana,” katanya.

Susulan itu, Serena membuat laporan polis demi keselamatan dirinya pada 7 Februari lalu.

Serena sudah membuat laporan polis pada 7 Februari lalu.

“Saya dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung perkara itu agar tindakan dapat diambil ke atas guru berkenaan.

“Saya turut dimaklumkan bahawa guru tersebut sedang dalam perhatian. Saya berharap tindakan sewajarnya diambil agar insiden sama tidak berulang,” katanya.

Malah, Serena turut menasihatkan gadis yang pernah menjadi mangsa gangguan s,eks,ual supaya tampil mempertahankan diri.

“Kalau ada apa-apa terjadi dekat sekolah atau di mana sahaja jangan hanya berdiam diri. Tampil pertahankan diri anda.

“Kita ada hak nak pakai baju macam mana dan kita juga ada hak untuk post gambar sebab akaun (media sosial) itu atas nama kita.

“Kalau anda ghairah tengok foto saya, tolong kawal nafsu anda. Segalanya bermula dengan pemikiran anda,” katanya.


loading...