Malah, dua individu turut diberi notis sama atas perbuatan tidak sopan iaitu tidak berpuasa dalam operasi yang bermula jam 10 pagi hingga 7 malam itu.
Selain itu, JAHEAIK juga memberi teguran secara lisan kepada lapan individu terhadap kesalahan berpakaian tidak sopan.
Ketua Penolong Pengarah(Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah) JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, menjelaskan bahawa seramai 70 orang penguatkuasa terdiri daripada pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK).
Menurutnya, selepas taklimat, anggota dipecahkan ke beberapa lokasi di sekitar bazar Ramadan, premis kedai makan, bank dan pusat beli-belah.
Tambahnya, operasi berkenaan berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi berlangsung.
“Operasi sama akan dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan ini untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan,” sambungnya.
Sumber: Harian Metro
loading...