Responsive Advertisement

‘Cikgu bodoh itu, cikgu bodoh ini, pendek kata semua cikgu bodoh!’

Menjadi seorang guru di sekolah pada zaman sekarang ini memang mencabar.

Kurangnya rasa hormat masyarakat sekeliling, ibu bapa kepada komuniti sekolah benar-benar menghiris hati seorang guru yang ikhlas mendidik anak bangsanya.

Dalam satu penulisan, seorang guru Cikgu Norliza Md Nor meluah rasa di laman Facebook beliau dengan menzahirkan kekecewaan apabila guru digelar bodoh.

Ya, sy seorang cikgu.
Ya, waktu sy sakit sy masih ke sekolah..
Waktu sy kena serangan hypokalemic periodic paralysis, sy masih memanjat tangga tingkat tiga utk mengajar..

Tak sakit ke?
Giler tak sakit!
Tapi rasa lebih sakit bila terbaca satu post yg penuh emosi memanggil cikgu2 dgn panggilan 'cikgu bodoh'

Pasal graduasi, dipanggil cikgu bodoh.
Pasal jamuan, dipanggil cikgu bodoh.
Pasal meraikan pelajar berjaya, dipanggil cikgu bodoh.
Pasal kutip duit seringgit utk beli hadiah bersara, dipanggil cikgu bodoh.

Pendek kata apa jua isu yg berlaku, adalah kerana cikgu.
Cikgu ni bodohlah..

Wahai puan2 yg cerdik pandai,
Usahlah hantar anak kamu kpd kami.
Didiklah sendiri..

Kang terjangkit bodohnya nanti besar pulak bala yg menanti.

Puan2 x tahu saban kali ada murid yg dtg mengadu:
"Cikgu, duit saya hilang."
Cikgu bodoh ni seluk handbag dan gantikan

"Cikgu, mak belum dtg ambil."
Cikgu bodoh ni tgk jam dah lewat ptg lps tu tanya, rumah awak kat mana meh cikgu hantarkan.

"cikgu, saya x dpt join kem ni sbb mak xde duit"
Cikgu bodoh ni pandang tepat kedalam mata murid dan berkata x apalah..awak datang je kem tu, syg sgt kalau awak x masuk. Xpelah cikgu bayarkan.

Murid berminggu x dtg sekolah, cikgu bodoh yg preggy 6 bulan panjat tangga rumah flat ketuk pintu tanya kenapa awak x dtg.
Murid br bangun tido terpisat2 menggosok mata dgn parent ada disebelah.

Mak saya sgt bangga bila sy jd cikgu dulu.
Tapi kini saya sering bgtau mak yg sy dah letih jd cikgu.

X semua parent yg x hargai kami,
Ada yg pekertinya mulia sekali.
Tapi, dipanggil bodoh..
Ish2.. Adab dh kemana?

Kamu kata kalau tak buat jgn terasa,
Masalahnya kamu sebut cikgu,
Kami semua bergelar cikgu!

Waktu sy warded krn hypoKPP, sy masih marking paper di hosp.
Rata2 doct yg dtg ambil darah saban hari akan tanya:
"best tak jadi cikgu?"

Aish nak senyum n jawab rasa serba tak kena😂
Jiwa cikgunya masih ada, tapi sudah hampir mati rasanya!

Hormati guru, pengorbanannya membawa ke akhirat jua...