Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan di dalam jadual waktu mengajar masing-masing (SPI Bil. 3/1981).
Terdapat segelintir guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini perlu diperbetulkan.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Guru Besar dan juga Pengetua supaya mengingatkan kepada semua guru:
1. Waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) itu adalah MASA BEKERJA.
2. Guru Besar / Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa tersebut untuk:
- Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar (waktu relief)
- Membuat persediaan untuk mengajar seperi membaca buku tambahan, nota mengajar, menyediakan alatan mengajar dan sebagainya
- Memeriksa buku latihan murid
- Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar
- Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
- Lain-lain tugasa yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pentadbir
Sumber:
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru