KETUA Panitia adalah individu yang dipilih untuk mengetuai Panitia Subjek. Tanggungjawab ini sangat murni kerana ia menunjukkan kepercayaan kepada seseorang untuk membangunkan subjek, prestasi akademik subjek dan juga guru-guru subjek terlibat.
Kebiasaannya, Ketua Panitia dipilih daripada kalangan guru yang paling kanan di sekolah (Rujuk SPI Bil. 4/1986).
Mari kita lihat secara umum tugas utama seorang Ketua Panitia.
1) Menyelaras urusan kepanitian
Sumber: MudahMengajarKebiasaannya, Ketua Panitia dipilih daripada kalangan guru yang paling kanan di sekolah (Rujuk SPI Bil. 4/1986).
Mari kita lihat secara umum tugas utama seorang Ketua Panitia.
1) Menyelaras urusan kepanitian
- Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan. Termasuklah program-program ko-akademik.
- Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
- Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar)
- Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala.
- Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.
- Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.
- Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
- Menguruskan penyediaan RPT.
- Membuat takwim semakan buku latihan.
- Membuat sasaran pencapaian.
- Merancang program akademik.
- Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
- Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.
- Peka dengan jadual waktu guru.
- Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
- Membuat penilaian.
- Membina intervensi untuk guru.
- Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
- Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
- Menilai program-program pembangunan guru.
- Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
- Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.
- Simpan semua maklumat guru dalam Google Keep agar mudah untuk diakses.
- Rujuk analisis keperluan latihan guru daripada SPLKPM.
- Buat jadual tugas PLC dimulakan dengan Teacher Sharing kerana bersifat lebih terbuka dan mudah.
- Menggunakan QR Code bagi memudahkan penyimpanan dan akses bahan-bahan RPT dan RPH. Lebih mudah jika menggunakan Zappar.
- Menyimpan semua gambar program dalam Google Photos.