Responsive Advertisement

Sajad ditahan pihak berkuasa Arab Saudi di Jeddah?

Usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman, 35, yang mencetuskan kontroversi kerana berpakaian wanita ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh waris terdekat Nur Sajat menerusi Facebook sebentar tadi.

“Berita terkini. Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman telah ditangkap lapangan terbang Jeddah. Dari konsul Malaysia di Jeddah,” tulis Nurnilam Sari yang juga sepupu kepada Nur Sajat.
Terdahulu, kes Nur Sajat dan kawan-kawannya telah dibawa ke pihak atasan, Kementerian Haji Umrah dan Kementerian Pelancongan.

Visa ‘tourist’ Nur Sajat juga dilaporkan telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi.

Apa yang lebih membimbangkan, perbuatan tersebut jika tidak dihentikan, akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.

Sumber: Cempedak Cheese