Responsive Advertisement

Suami intai isteri mandi bogel

Gambar hiasan


LONDON – Seorang lelaki di Bri­tain dijatuhi hukuman melakukan kerja khidmat masyarakat kerana mengintai bekas isterinya sedang mandi, lapor akhbar The Sun semalam. 

Stuart Alden, 32, membuat lubang pada pintu tandas di kediaman mereka untuk mengintai wanita itu. Ketika kejadian, mang­sa masih bergelar isterinya. 

Alden bagaimanapun berputih mata apabila tindakannya diketahui wanita tersebut yang memasang kamera tersembunyi untuk membongkarkan kegiatannya. 
 
Peguam Alden, Simon Nic­hols memberitahu sebuah mah­kamah di Norwich, England bahawa anak guamnya menjalani kehidupan rumah tangga tanpa hubungan seksual. 

“Daripada berlaku curang, sebaliknya anak guam saya cuba memenuhi keinginan batinnya dengan melakukan ‘apa yang dia lakukan’,” ujar peguam tersebut. 

Alden yang berasal dari Norwich dijatuhi hukuman melakukan khidmat komuniti selama 12 bulan selepas mengaku bersalah memerhatikan seseorang dalam keadaan melakukan ‘perbuatan bersifat peribadi’ pada Mei tahun lepas. – Agensi