Responsive Advertisement

Manchester City menang dan rapatkan jurang

DUA gol dalam 20 minit terakhir perlawanan membantu Manchester City memperoleh mata penuh, sekali gus merapatkan kedudukan dalam persaingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selepas ketinggalan 0-1, Manchester City menyusun strategi untuk menang 2-1 ke atas Chelsea dalam perlawanan, yang dilihat sangat penting bagi kedua-dua pasukan, awal pagi ini (waktu Malaysia).

Chelsea menjaringkan gol pada minit ke-60 menerusi Gary Cahill dan kekal selesa sehingga minit ke-78.

Manchester City yang sebelum ini ketinggalan empat mata di belakang Manchester United, memperoleh gol menerusi Sergio Aguero (pada minit ke-78) dan Samir Nasri (pada minit ke-85) untuk menang 2-1 ke atas Chelsea.

Aguero menjaringkan gol pertama Manchester City menerusi penalti.

Manchester City dan Manchester United kini masing-masing sudah mengumpulkan 70 dan 69 mata, kedudukan yang dilihat akan merancakkan persaingan Liga Perdana Inggeris kali ini.

BERIKUT keputusan empat perlawanan Liga Perdana Inggeris yang selesai berlangsung awal pagi ini (waktu Malaysia).

Manchester City (2) - Chelsea (1)

Tottenham (1) - Stoke (1)

Everton (0) - Arsenal (1)

QPR (3) - Liverpool (2)

Sinar