Responsive Advertisement

Wow! Kelab Jepun lamar 2 pemain Harimau Muda...

BIARPUN Harimau Muda gagal layak ke Temasya London pada Julai depan, jejak langkah yang ditinggalkan mereka sepanjang pusingan kelayakan Sukan Olimpik baru-baru ini berjaya di hidu pihak luar.

Sebuah kelab Liga Jepun dikatakan berminat untuk melamar sekurang-kurangnya dua pemain pasukan Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee itu.

Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad enggan mendedahkan butiran terperinci perkembangan baru tersebut.