Berlangsung di gelanggang Stadium Bandaraya Johor Bahru, pemain Indonesia, Sonny Dwi Kuncoro nyata tampil cemerlang untuk mendahului set pertama 21-17.
Dan, ekoran persembahan yang meyakinkan, Chong Wei menguasai set kedua 21-8 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pada set ketiga, Chong Wei yang mendominasi perlawanan nyata langsung tidak memberi peluang kepada Sonny untuk mencatat kemenangan selesa 21-10.
Gelaran GP Emas Terbuka Malaysia merupakan gelaran pertama dimenangi Chong Wei selepas mengalami kecederaan bahu semasa Seluruh England bulan lepas.
Dalam pada itu, harapan beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dalam misi memburu gelaran pertama kejohanan itu kali ini tercapai apabila dengan mudah mengatasi pasangan Indonesia, Fadhilah Irfan/Anggraini Weni dalam final hari ini.
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying hanya mengambil masa 31 minit untuk mencatat kemenangan 21-12, 21-14.
Bagi perseorangan wanita pula, pemain Thailand, Busana Ongbumrungpan muncul juara setelah menundukkan Sayaka Takahashi dari Jepun dengan catatan 21-17, 22-20 dalam masa 34 minit.
Sementara itu, turun selaku pilihan pertama kejohanan, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tidak menghadapi kesukaran untuk mempertahankan gelaran beregu lelaki apabila mudah mengenepikan rakan senegara, Chooi Kah Ming/Ow Yao Han 21-15, 21-19.
Dalam acara beregu wanita pula, Chin Eei Hui/Wong Pei Tty mengatasi pasangan pilihan pertama kejohanan, Shinta Mulia Sari/Lei Yao dari Singapura 21-18, 21-18.
Keputusan penuh GP Emas Terbuka Malaysia 2012.
Beregu campuran
- Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) kk Fadhilah Irfan/Anggraini Weni (IND) 21-12, 21-14.
Perseorangan wanita
- Busana Ongburmrungpan (Thai) kk Sayaka Takahashi (Jpn) 21-17, 22-20.
Perseorangan Lelaki
- Lee Chong Wei (MAS) kk Sony Dwi Kuncoro (IND) 17-21, 21-8, 21-10
Beregu Lelaki
- Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) kk Chooi Kah Ming/Ow Yao Han (MAS) 21-15, 21-19
Beregu wanita
- Chin Eei Hui/Wong Pei Tty (MAS) kk Shinta Mulia Sari/Lei Yao (Singapura) 21-18, 21-18.