Responsive Advertisement

Manchester City juara EPL

MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad.

Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.

Dalam perlawanan dramatik hari ini, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan.

Pengadil memperuntukkan tujuh minit kepada kedua-dua kelab ini.Gol pertama Manchester City dijaringkan oleh Pablo Zabaleta. Edin Dzeko dan Sergio Aguero menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk membolehkan Manchester City mengatasi Manchester United (MU) dengan perbezaan gol.

Ia juga dilihat sebagai kemenangan dramatik ketika pesaing terdekatnya, MU bersiap sedia untuk meraikan gelaran juara buat kali ke-20 selepas menewaskan Sunderland 1-0.Bagaimanapun impian itu berkecai ekoran kebangkitan Manchester City pada waktu kecederaan menerusi gol 3-2.

Keputusan kesemua perlawanan hari ini:

Man City 3 - 2 QPR

Sunderland 0 - 1 Man Utd

Chelsea 2 - 1 Blackburn

Everton 3 - 1 Newcastle

Norwich 2 - 0 Aston Villa

Stoke 2 - 2 Bolton

Swansea 1 - 0 Liverpool

Tottenham 2 - 0 Fulham

West Brom 2 - 3 Arsenal

Wigan 3-2 Wolves
posted from Bloggeroid