Responsive Advertisement

Sah, Butler ke Terengganu ganti Mat Zan

KUALA TERENGGANU - Peter Butler sah akan mengendalikan pasukan Terengganu menggantikan Mat Zan Mat Aris yang ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 31 Mei ini.

Bagaimanapun Butler dibenarkan melatih pasukan Terengganu bermula hari ini.

Update!

Peter Butler hari ini secara rasminya telah menandatangani kontrak selama 18 bulan dengan Terengganu FA sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Selepas spekulasi beberapa hari tentang Peter Butler menggantikan Mat Zan Mat Aris sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu FA, beliau secara rasminya telah menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama skuad Penyu hari ini.

Peter Butler yang juga merupakan bekas jurulatih Kelantan FA telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan pada minggu lepas.

Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang telah direhatkan selama 15 hari selepas prestasi buruk pasukan Terengganu tiada pilihan selain meletakkan jawatan akibat dari tertekan.

Peter Butler memberitahu: “Hari ini saya secara rasmi telah menandatangani kontrak selama 18 bulan dengan Terengganu FA sebagai ketua jurulatih.

“Saya akan mula bertugas dengan pasukan serta-merta tetapi seperti biasa saya harus menunggu lesen dan pengesahan dari pihak FAM”.

Peter Butler juga akan memulakan tugas pada perlawanan pertama menentang Sarawak dan berharap untuk membawa skuad Penyu ke tahap terbaik.

“Saya berbangga kerana pihak Terengganu telah melantik saya untuk membimbing pasukan yang hebat seperti Terengganu. Ini satu peluang yang baik untuk saya dan saya gembira kerana dapat kembali ke Malaysia.

“Sebelum ini saya telah membawa Kelantan di tempat teratas liga dan saya percaya dan yakin untuk melakukan perkara yang sama bersama Terengganu.” katanya lagi.