BANTAHAN penganjuran Euro 2012 di Ukraine yang diketuai anggota kumpulan Femen semakin tidak terkawal.
Beberapa siri bantahan melibatkan wanita separuh bogel tertumpu di beberapa bandar utama, terutamanya Kiev yang menjadi salah sebuah venue perlawanan Euro.
Pihak berkuasa negara itu kini bekerja hampir 24 jam bagi menangani protes dilakukan kumpulan tersebut.
Femen membantah penganjuran Euro di Ukraine kerana percaya ia mampu melonjakkan aktiviti pelacuran berikutan kemasukan ramai peminat bola sepak daripada beberapa pasukan bertanding ke negara itu.
Ia sekali gus mengukuhkan lagi gelaran negara tersebut sebagai destinasi pelancongan seks di Eropah.