Responsive Advertisement

Harimau baham Garuda 6-0

Pasukan bolasepak negara terus garang apabila pasukan Malaysia XI mencatatkan kemenangan selesa selepas mengalahkan skuad Bawah 22 tahun (B-22) Indonesia 6-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.\
 
Perlawanan itu yang diadakan secara tertutup di stadium tersebut bertujuan bagi menggantikan Kejohanan Piala Java 2012 yang telah ditunda pada Ogos nanti.
Malaysia XI yang tiba di Jakarta pada Isnin lepas untuk menyertai kejohanan empat penjuru yang julung kali diadakan itu terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas dua pasukan jemputan iaitu Galatarasay dari Turki dan Everton dari England menarik diri disebabkan masalah teknikal.





- BERNAMA